Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas Timbalan Menteri Belia Sukan meroyan bila Syed Saddiq perlu isytihar semula harta


Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mempersoalkan arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengisytiharkan harta dalam siasatan kehilangan wang dilaporkan beliau sendiri.

"Pencuri belum ditangkap, mangsa kecurian yang melapor polis disiasat pula?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin Syed Saddiq telah mengisytiharkan harta memandangkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), semua anggota pentadbiran dan ahli-ahli Parlimen diwajibkan untuk mengisytiharkan harta kami masing-masing.



“Semua maklumat perisytiharan harta tersebut kemudiannya dipaparkan atas talian kepada orang awam oleh SPRM.

“Saya percaya, seperti saya, Saudara Syed Saddiq telah mengisytiharkan harta sekurang-kurangnya dua kali dalam 22 bulan pentadbiran kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.

“Justeru, there is nothing to hide (tak ada apa nak disembunyikan), berani kerana benar!” katanya lagi.



Sim merujuk laporan portal berita yang menyatakan ketua pemuda Bersatu itu diarahkan SPRM untuk mengisytiharkan harta sebagai sebahagian siasatan kehilangan wang tunai RM250,000 di rumahnya, hujung Mac lalu.

Tambah Sim yang juga bekas timbalan Syed Saddiq di KBS, beliau tidak faham mengapa Syed Saddiq disiasat ekoran laporan yang dibuatnya sendiri, namun percaya Syed Saddiq akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Jika yang hilang itu wang haram, masakan laporan polis dibuat oleh Syed Saddiq sendiri?

“Apa yang saya khuatir ialah Saudara Syed Saddiq menjadi mangsa penganiayaan politik di kala kerajaan Perikatan Nasional menghadapi tekanan berdepan sidang Parlimen 18 Mei 2020 nanti,” katanya lagi. -Mkini