Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PKP: Netizen kritik desakan Anwar adakan sidang Parlimen, minta beliau rujuk pakar sakit jiwa


KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tetap menggesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen khas berkenaan COVID-19 ketika tempoh PKP ini.

Satu surat kenyataan media oleh Majlis Presiden PH yang ditandatangani Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Guan Eng telah dimuatnaik oleh Anwar di Facebook beliau.

Antara lain, syor berkenaan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk belanjawan tambahan kerajaan dalam menangani penulararan wabak.






Netizen kritik cadangan Majlis Presiden PH, minta Anwar rujuk pakar sakit jiwa

Desakan daripada Majlis Presiden PH itu mendapat kritikan daripada netizen. Ada yang meminta DS Anwar merujuk kepada pakar sakit jiwa kerana tidak sensitif dengan isu kesihatan dan nyawa rakyat.

Ada juga yang mengatakan pemimpin PH sengaja mencari alasan untuk keluar dari rumah.

komen kritikan netizen di Facebook Anwar Ibrahim

"Bila jadi kerajaan tak nak masuk dewan sebab dewan sejuk dan wakil rakyat penat, sekarang tengah wabak yang boleh m enyebabkan kematian, dan rakyat dalam kesusahan pembangkang masih sibuk nak buat sidang dalam parlimen, masih nak berbincang-bincang dan bahas, kepala hotak dia." ujar netizen yang tidak berpuas hati.

-Tun Carlos