Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahfuz Omar dapat bantuan BPN, Najib sindir minta belanja KFC



KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz mengesahkan dirinya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan oleh kerajaan, semalam.

Dalam satu mesej daripada MalaysiaGazette, Mahfuz berkata, media boleh merujuk kepada komen beliau di Facebook rasmi Datuk Seri Najib Razak.

“Alhamdulillah baiknya PM. saya tak minta pun dapat juga.bila duit nk masuk.

“Nanti lepas PKP masa sidang parlimen saya belanja Dtk Seri Najib buka posa,” katanya di ruangan komen Facebook rasmi Najib.

Tangkap layar yang dimuatnaik oleh DS Najib di Facebook beliau.





Bekas Perdana Menteri itu memuatnaik status mengenai bantuan BPN itu telah diluluskan atas nama Mahfuz Omar.

“Saya diberitahu (dan pihak saya juga telah check online) bahawa Mahfuz layak menerima bantuan seribu ringgek Bantuan Prihatin. Tahniah!

“Minta belanja kepci (KFC) bila wang dibayar, ya?,” usik Najib di Facebooknya, sejam yang lalu.



Berdasarkan kepada gambar yang dimuatnaik oleh Najib, Mahfuz diberikan bantuan sebanyak RM1,000 tertera di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BPN adalah inisiatif untuk membantu rakyat seperti yang diumumkan Muhyiddin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.




Dalam pengumuman berkenaan jumlah keseluruhan pembayaran BPN membabitkan RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa. Bantuan secara one-off itu juga buat pertama kalinya disalurkan kepada kumpulan M40.

Pada posting Najib yang berlainan, beliau meminta kepada sesiapa yang menerima bantuan BPN ini tetapi tidak memerlukannya boleh menderma wang tersebut kepada Tabung Covid-19.

Beliau juga melarang semua orang menderma kepada Tabung Pakatan Harapan jikalau ada lagi.

BACA: Mukhriz jadi PM jika menang jawatan presiden Bersatu.

-Tun Carlos