Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lebih 36,000 tandatangan sokong Habib Ali Zaenal sebagai Mufti Wilayah baru



Pada 15 April 2020, sebuah petisyen "Cadangan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai Mufti WP Malaysia" telah tular dan harini telah mendapat lebih 36,000 tandatangan.

Menurut kenyataan di petisyen itu, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid adalah seorang ikon dakwah yang disenangi semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Keluasan ilmu beliau dalam segenap bidang pengajian Islam menjadikan beliau tokoh yang paling sesuai untuk dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia.

Sepanjang perjalanan dakwahnya, Habib Ali Al Hamid tidak pernah sesekali menjadikan politik sebagai alat untuk meraih sokongan mana-mana pihak.




Oleh kerana itu, beliau sangat disegani semua pihak; kerajaan atau pembangkang, tua atau muda, kaya atau miskin.

Habib Ali berkata beliau sedar mengenai kewujudan satu petisyen - kini ditandatangani lebih 36,000 orang yang mencadangkan agar beliau dilantik ke jawatan tersebut.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Yayasan Ar Ri'ayah berkata, Mufti Wilayah mestilah individu berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Beliau yakin negara mempunyai ramai ilmuan yang berpegang kepada akidah ASWJ layak untuk memikul tanggungjawab sebagai mufti Wilayah Persekutuan.

"Saya turut yakin petisyen ini bukan untuk saya, namun ia untuk agama dan negara Malaysia.

"Namun, saya yakin bahawa terdapat lebih banyak ilmuan yang lebih layak dan pakar dalam bidang fikah dan usul fikah.




"Ini kerana tanggungjawan di jabatan mufti itu lebih merujuk kepada bidang hukum hakam yang perlu dibahasakan secara terperinci," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Zulkifli memegang jawatan Mufti Wilayah mulai Jun 2014, sebelum dilantik menyertai kabinet Muhyiddin Yassin dalam kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).

Dr. Zulkifli mencipta sejarah sebagai mufti pertama yang diangkat sebagai menteri kabinet.

Sementara itu, Habib Ali berkata siapa saja yang dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan haruslah daripada individu berpegang kepada akidah ASWJ berpandukan kepada Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari.

Selain itu haruslah berpegang kepada Mazhab Syafie yang menjadi landasan kepada hukum hakam di negara ini.




"Ilmuan tersebut perlu arif dalam bidang fatwa, berpegang kepada ASWJ berpandukan kepada Imam Abu al-Hasan al- Ash'ari dan berpegang kepada Mazhab Syafie.

"Inilah yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia, bahawa orang yang dipilih mempunyai kelayakan tersebut," katanya.

Habib Ali adalah pendakwah bebas yang popular dan sering menyampaikan ceramah agama baik di siaran televisyen mahupun radio.

Beliau yang banyak menulis pelbagai buku agama itu sering diundang bagi program-program selawat perdana dan Qasidah termasuk anjuran agensi-agensi kerajaan.

Link ke petisyen tersebut: Petisyen cadangan Habib Ali Zaenal sebagai Mufti WP 

-Tun Carlos