Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Operasi kilang arak dibatalkan ketika PKP -Annuar Musa


KUALA LUMPUR: Kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya hari ini.

“(Kebenaran) sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Dalam ciapannya terdahulu, Annuar meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.





Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  yang baru saja dilantik oleh Kerajaan 22 bulan sebelum ini dimana beliau telah memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika tempoh PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan seperti YB Khalid Samad, Syed Saddiq dan lain-lain yang mahu ambil kesempatan untuk menghentam kerajaan Pakatan Nasional.

Menurut Menteri Wilayah, KPDNHEP dan MITI, setiap keputusan perlu mendapat persetujuan Menteri. Diharap pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tidak meroyan bila stok arak tidak mencukupi.

BACA: Hadi Awang dedahkan Pakatan Harapan disokong gerakan Freemason dan Zionis

-Tun Carlos