Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM, Menteri dan Timbalan sumbang 2 bulan gaji untuk Tabung Covid-19



Perdana menteri, menteri dan timbalan menteri akan akan menyumbangkan dua bulan gaji mereka kepada Tabung Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet semalam, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.

"Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19," kata kenyataan itu.




Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan sehingga semalam, jumlah yang telah dikumpul tabung itu, termasuk geran kerajaan, adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Pada 11 Mac lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan Tabung Covid-19 dengan dana permulaan RM1 juta, yang akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut Muhyiddin, ia antara lain bagi membantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih.

Pada Jumaat ini pula, Muhyiddin dijadual mengumumkan pakej rangsangan baru bagi merancakkan ekonomi negara yang merosot akibat pandemik Covid-19.

Setakat sekarang masih belum ada lagi mana-mana pemimpin dari Pakatan Harapan dan juga bekas-bekas Menteri PH yang mahu menyumbang gaji mereka kepada Tabung Covid-19.

BACA: Denda RM3.5 juta jika mempersenda dan melanggar perintah berkurung di Saudi

-Tun Carlos