Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ini nasihat Najib jika kerajaan mahu bantu syarikat besar yang terjejas Covid-19


Ulasan DS Najib ketika ada syarikat-syarikat besar sudah minta bantuan keada Kerajaan:

Ada syarikat-syarikat besar sudah ketuk pintu tertentu untuk "minta nyawa".

Jika buka news, kita baca syarikat-syarikat keluar kenyataan.

Sudah ada yang beri amaran kata tahun ini amat sukar.

Ramai berebut minta bantuan kerajaan.




Soalan besar ialah dengan kewangan yang terhad, adakah kerajaan patut bantu syarikat-syarikat ini?

Apakah kriteria bantuan?

Adakah jika kerajaan beri bantuan kepada syarikat-syarikat

..... maka mereka tidak akan buang pekerja?

..... maka mereka tidak akan potong gaji pekerja?

..... maka mereka tidak akan menaikkan harga perkhidmatan atau barangan?

Atau adakah duit tersebut terlebih dahulu akan masuk ke dalam poket syarikat? Pemilik syarikat? Pihak pengurusan bergaji tinggi?




Jangan kita lupa.

Di Malaysia, nisbah pampasan pekerja kepada KDNK adalah kira-kira 35-36 peratus.

Ini bermakna SETIAP RM100 pendapatan, pekerja terima kira-kira RM35.

Pada masa saya Perdana Menteri, nisbah ini telah meningkat setahun demi setahun daripada kira-kira 31 peratus kepada mencecah 36 peratus pada 2018.

Lebih memihak kepada pekerja.

Bagi saya, kerajaan perlu yakin dan pasti.

Sebarang bantuan kepada mana-mana syarikat, ia perlulah membawa manfaat besar kepada rakyat dan pekerja.

Pekerja dan rakyat perlu diutamakan.

WAJIB DIUTAMAKAN.

sumber: FB DS Najib Razak