Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Najib cadang kerajaan suntik dana kepada syarikat milik Kerajaan



ULASAN DS Najib Razak:

Terlebih dahulu kerajaan perlu menilai status kewangan GLC dan syarikat-syarikat di mana kerajaan ada kepentingan.

Jika ada yang perlu suntikan dana atau diselamatkan, ia adalah syarikat GLC.

Kenapa Najib cakap macam ni? Kita perlu lihat dari sudut rakyat.

Jika kita selamatkan GLC, setiap sen apabila untung nanti, itu sebenarnya kembali kepada rakyat juga. Keuntungan yang GLC raih, ia dikembalikan kepada rakyat.

Melalui dividen KWSP.

Melalui dividen Tabung Haji.

Melalui dividen syarikat pelaburan kerajaan kepada kerajaan persekutuan.




Ini juga terpulang kepada penilaian lapisan kedua. Sama ada GLC itu berpotensi, sama ada boleh beri keuntungan di masa depan atau tidak, sama ada syarikat itu projek atau kebanggaan nasional.

Dalam waktu krisis ini, kerajaan perlu bijak menggunakan sumber kewangan dalam tangan. Kerajaan ada sumber kewangan yang kukuh apabila saya serahkan kerajaan dahulu.

Kita ada aset sampai bertrilion-trilion banyak.

(PM ke-4/7/7i dan PH sendiri yang mengaku, walaupun mereka selalu kata Malaysia bankrap, walaupun bekas Menteri Kewayangan pernah kata saya tinggalkan RM450 juta sahaja.)

Gunakanlah dana yang kita ada sebaiknya. Kalau ada dana banyak-banyak tapi tak tahu guna di mana untuk bangunkan ekonomi kita, itu pun satu masalah.

BACA: Raja Saudi gesa negara G20 segera koordinasi bantuan ke seluruh dunia

Sumber: FB Najib Razak