Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ujian dua jari beri tanda anda hidap kanser paru-paru



Ujian dua jari telunjuk ini beri tanda anda hidap kanser paru-paru atau sebaliknya.

Adakah anda dapat melihat lubang kecil yang terbentuk apabila kedua-dua jari telunjuk dirapatkan? Jika tidak, besar kemungkinan anda menghidap kanser paru-paru.

Alhamdulillah normal, sebab ada lubang kecil...




Menurut laman Cancer Research UK, kaedah yang dikenali sebagai Schamroth Window Test ini digunakan bagi mengesan Finger Clubbing.

Finger Clubbing terjadi pada 3 daripada 10 orang (35%) yang mengidap kanser paru-paru bukan sel kecil (non small cell lung cancer), tetapi 4 daripada 100 orang (4%) yang menghidap kanser paru-paru sel kecil (small cell lung cancer).

beza "clubbed finger" dengan jari normal





Finger Clubbing ini terjadi dalam tiga fasa iaitu:

1. Bahagian bawah kuku menjadi lembut dan kulit berdekatan kuku menjadi berkilat.

2. Kuku menjadi lebih melengkung jika dilihat daripada sisi, dikenali sebagai tanda Scarmouth.

3. Bucu jari membengkak.



Salah satu cara mudah bagi mengesan tanda awal kanser paru-paru adalah dengan menggunakan kaedah Schamroth Window Test , iaitu meletakkan dua jari telunjuk secara berdekatan dan melihat lubang kecil yang terbentuk pada jari.

Buat sekarang. Dapatkan nasihat doktor dan pakar sekiranya anda mendapati tiada lubang kecil terbentuk antara kedua-dua jari.

Sumber: Cancer Research UK