Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun M mahu menyelamatkan Amerika


CYBERJAYA- Sebagai membalas rasa kekecewaan pihak Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, Tun Mahathir berkata kritikan terhadap Presiden Trump adalah untuk menyelamatkan negara tersebut.

“Saya bukan mengata rakyat Amerika, mereka baik-baik. Saya cuma minta Presiden Trump untuk meletakkan jawatan bagi menyelamatkan Amerika,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap kenyataan yang dilontarkan oleh Dr. Mahathir terhadap Presiden AS, Donald Trump.




Menurut kedutaan itu, kenyataan-kenyataan tersebut tidak “menggambarkan semangat dialog konstruktif” yang telah menjadi penghubung kedua-dua negara.

Tun Mahathir ditemubual wartawan ketika majlis dialog bersama Dewan Perdagangan dan Perindustrian Perancis (CCFIM) di Cyberjaya hari ini.

Perdana Menteri sebelum itu menggesa Trump supaya meletakkan jawatan susulan perjanjian damai di antara Israel dan Palestin yang dianggap Presiden Amerika Syarikat itu sebagai perjanjian abad ini.

BACA: Kedutaan AS di Malaysia kecewa dengan Mahathir

-Tun Carlos