Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kumpulan Azmin mungkin akan kembali sokong Mahathir, bermula dengan Baru Bian



KUALA LUMPUR:  8.40 malam: Ahli Parlimen Selangor, Baru Bian dari kumpulan Azminn Ali (PKR) pula baru saja menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Mahathir.

Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi mendakwa PH kini mempunyai 114 sokongan ahli parlimen.




Untuk rekod, Baru Bian sebelum ini merupakan antara 10 pemimpin PKR yang  menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.

Azmin dan kumpulannya sebelum ini dilaporkan menyokong Tun Mahathir, Kemudian semalam mereka menyokong Muhyiddin.

Lanjutan dari itu, YDP agong telah mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 setelah mempunyai cukup sokongan.




Rupanya di sebelah PH, mereka masih lagi cuba untuk mengubah keputusan YDP Agong.

Menurut sumber, Tun M sedang berusaha menarik kesemua ahli parlimen kumpulan Azmin supaya kembali menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

BACA: Cubaan saat akhir Mukhriz untuk tolong bapanya kembali menjadi PM

-Tun Carlos

💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos