Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kakitangan awam jalankan tugas seperti biasa -KSN


PUTRAJAYA - Walaupun kamelut politik antara Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim masih belum menemui penyelesaian namun penjawat awam tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka seperti biasa.

Perkara itu diakui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali apabila beliau sendiri turun padang melawat beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya untuk melihat perjalanan operasi ketika kerajaan belum terbentuk.

Katanya, beliau berpuas hati apabila semua berjalan lancar dan kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa.




“Minggu yang penuh dengan peristiwa namun penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa.

“Berkesempatan meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Alhamdulillah,” ciapnya melalui Twitter pagi ini.

Beliau turut berkongsi beberapa foto ketika melawat jabatan berkenaan.

Menurut beberapa kakitangan kerajaan yang dihubungi wartawan, mereka lebih selesa bekerja kerana tiada lagi Menteri-Menteri daripada Pakatan Harapan.