Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tahukah anda, Latheefa Koya boleh dipenjara 7 tahun di UAE jika dedah perbualan telefon



Tindakan Latheefa Koya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM kini telah tersebar ke negara luar. Semalam portal berita Al-Jazeera telah menyiarkan perkara ini.

Sehingga hari ini, pihak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) masih belum memberi apa-apa respon ke atas isu intipan perbualan pemimpin tertinggi negara mereka dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah direkod (wiretapping) dan juga diperdengarkan kepada wartawan dan secara LIVE kepada umum.




Pihak UAE pernah memenjarakan seorang ahli akademi UK seumur hidup kerana kesalahan mengintip. Bayangkan jika dia mengintip perbualan telefon putera raja dan menjejaskan nama buruk keluarga diraja UAE?



Untuk pengetahuan semua, di negara tersebut hukuman penjara dan denda akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang merekodkan atau menghantar perbualan atau mengambil gambar tanpa persetujuan mangsa.

Selanjutnya, Perkara 378 Undang-undang Persekutuan No. 3 (3) tahun 1987 Kanun Keseksaan sebagaimana yang dipinda oleh Undang-undang Persekutuan No. 34 tahun 2005 menyatakan bahawa:

"Suatu hukuman penjara dan denda akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang menyerang kesucian kehidupan peribadi atau keluarga individu dengan melakukan apa-apa perbuatan berikut selain daripada kes-kes yang dibenarkan atau tanpa persetujuan mangsa:




a: Menyimpan atau merekam atau menghantar oleh mana-mana sistem apa sahaja, mana-mana perbualan yang diadakan di tempat tertentu atau melalui telefon atau mana-mana set lain.

b: Memilih atau menghantar oleh sebarang jenis sistem, gambar seseorang di tempat tertentu. Sekiranya tindakan yang dirujuk dalam dua perkara di atas semasa mesyuarat di dalam pendengaran atau penglihatan orang yang hadir, persetujuan mereka diperlukan.




Hukuman yang sama akan dikenakan ke atas mana-mana orang yang menerbitkan melalui apa-apa cara - berita, gambar atau ulasan yang berkaitan dengan rahsia kehidupan orang perseorangan atau keluarga walaupun itu adalah benar.

Hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan denda.

Dalam semua kes, sistem dan alat lain yang digunakan dalam jenayah itu akan dirampas dan rakaman yang dijumpai akan dihapuskan atau dimusnahkan "

Perbualan telefon tidak boleh dijadikan sebagai bukti dalam prosiding mahkamah.



Jelas apa yang dilakukan oleh Latheefa Koya akan memberi implikasi yang sangat besar terhadap hubungan antara Putrajaya-Abu Dhabi.

Paling menakutkan, Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara penyangak kerana agensi penguatkuasa sendiri yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Latheefa Koya adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji oleh rakyat, kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan segera ke atasnya demi menjaga kepentingan antara kedua-dua negara dan menjaga nama baik negara.

-Tun Carlos