Sepatutnya tahun 2020 rakyat dapat BR1M RM2400, bukannya e-wallet RM30 -Najib
Hari ini bekas Perdana Menteri cuba menyindir Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang telah membuat kenyataan bahawa pemberian e-Wallet RM30 daripada kerajaan PH boleh digunakan untuk membeli barang rumah dan makanan.
Berikut adalah posting DS Najib di Facebook:
Jika ikut rancangan kerajaan BN dahulu:
- BR1M tahun 2020 ini patut RM2,400 (naik dari RM2,000 tahun 2018)
- BR1M bujang RM900 tahun ini (RM600 tahun 2018)
- Baucer Buku RM350 tahun ini (RM250 tahun 2018).
"Itu dah takde. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya Guan Eng payung 30 ringgek untuk korang beli barang rumah, barang dapur."ujar Najib.
Posting tersebut telah mendapat 17 ribu sukaan setakat ini.
-Tun Carlos