Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koronavirus: 16 warga Malaysia ke Tianjin China kini dikuarantin di hotel


Semua penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air dari Sabah ke Tianjin, China, dikuarantin sejak Ahad lalu, lapor media China, hari ini.

Semua 31 penumpang, termasuk 16 warga Malaysia dan Bolivia, diasingkan di dalam hotel di Dongli, Tianjin, selepas 3 penumpang dilaporkan mengalami demam.




Dongli terletak kira-kira 1,000km dari Wuhan, ibu kota Hubei, yang merupakan pusat wabak koronavirus novel.

China Daily melaporkan seluruh hotel di Dongli ditutup dan 13 doktor dihantar ke sana, kata pegawai kesihatan daerah, lapor China Daily. Ia berkata mereka yang dikuarantin diberi bekalan air, makanan, pembersihan dan keperluan harian.

Sabtu lalu, 6 anak kapal Malindo Air dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou juga dikuarantin selepas seorang penumpang dari wilayah Hubei disyaki terkena jangkitan koronavirus.

sumber: China Daily

CHECK: Data terkini penyebaran virus wuhan seluruh dunia