Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes SRC: Pihak pendakwaan berputih mata, hakim tolak permohonan "impeachment" ke atas Najib

V.Sithambaram
Terkini Mahkamah menolak permohonan "impeachment" dari pihak pendakwaan untuk membicarakan Najib yang dikatakan memberi keterangan bercanggah berhubung tandatangannya pada dokumen SRC setelah mengetahui tandatangannya dipalsukan.

Menurut hakim, percanggahan yang dikatakan pihak pendakwaan itu boleh dimaafkan kerana Najib telah memberi penjelasan mengenainya.




Kata Mohd Nazlan beliau berpendapat percanggahan yang didakwa itu tidak dapat disimpulkan sebagai perbezaan ketara dan ia tidak serius.

Hakim kemudian mengarahkan pihak pendakwaan menyambung proses soal balas ke atas Najib.




Sebelum ini, pihak pendakwaan memberikan hujah mereka bagi menyokong permohonan agar mahkamah meneliti cadangan agar Najib diambil tindakan ekoran kenyataan bercanggahnya semasa memberi keterangan.

Kata Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, tertuduh terbabit memberikan kenyataan berbeza mengenai hal yang dibangkitkan ketika siasatan SPRM dan semasa memberi keterangan di mahkamah.

Najib dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

-Tun Carlos