Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes ke 8 virus Wuhan di Malaysia



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) pertambahan kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di kalangan kontak rapat dilaporkan pada 30 Januari 2020.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan pada tahun 2020 sehingga hari ini adalah sebanyak lapan (8) kes;

iaitu terdiri daripada:

tiga (3) kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan

lima (5) kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat.



Kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah terdiri daripada warganegara China.

Kes ke-8 terbaharu yang dilaporkan positif di kalangan kontak rapat ini adalah merupakan isteri kepada kes 2019-nCoV ke-7 yang sebelum ini telah dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020.




Kes ke-8 ini adalah warganegara China berusia 49 tahun yang telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

CHECK: Data terkini penyebaran virus wuhan seluruh dunia





Sumber:

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
30 Januari 2020