Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir mahu kurangkan kelajuan HSR, tak perlu laju-laju.



PUTRAJAYA, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan projek HSR tetapi buat masa ini kerajaan sedang menimbang kelajuan paling sesuai bagi kereta api laju itu.

Menurut beliau, kelajuan HSR yang telah ditetapkan ketika pentadbiran DS Najib sebelum ini ( 90 minit dari KL - Singapura) adalah tidak sesuai untuk masa sekarang.



"Kita akan teruskan tetapi kita perlu kaji apakah kelajuan paling sesuai. Tidak semestinya dalam 400km sejam.

”Kita mahu belanja kurang wang, kereta api berkelajuan tinggi adalah sangat mahal. Mungkin kita boleh kurangkan saiz atau buat pengubahsuaian untuk mengurangkan kos; mungkin kurangkan kelajuan boleh membawa kepada pengurangan kos,” katanya. - Tun Carlos