Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar nafi Zahid sedang bercuti di luar negara



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang bercuti.

Menurut laporan Malay Mail, ketika ditanya sama ada Presiden UMNO itu sedang bercuti dan berada di luar negara, Anwar hanya menjawab ringkas.

“Tidak,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di Cyberjaya.


27 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Zahid mendapatkan pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara selepas Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu menolak permohonannya.

Pasportnya sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, membabitkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.