Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kertas siasatan isu RM600 billion telah dibuka -Azam Baki


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan SPRM telah membuka kertas siasatan mengenai isu RM600 bilion.

“Ya, SPRM ada membuka kertas siasatan berhubung isu ini,” jelas Azam Baki.

Tindakan SPRM itu susulan kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.


Anwar turut mengesahkan pegawai Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran yang serius melibatkan isu tersebut.

Sebelum ini, mantan perdana menteri, Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak takut untuk disiasat mengenai isu RM600 bilion itu.

Namun beberapa kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin PAS dilihat bercanggah antara satu sama lain.