Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sumpah mubahalah, Ustaz Kazim Elias turut beri sokongan kepada Najib


Datuk Seri Najib Razak malam tadi melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini.

Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang memberi sokongan.

Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan.


Dalam sumpah itu, Najib antara lain mengulangi penafian beliau terbabit dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) atau ‘mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akuan bank aku untuk apa-apa tujuan.

Beliau juga mendakwa tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkum apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluarga.

Sejurus solat Isyak, Najib dan jemaah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu.

Ketika ucapan, Najib berkata beliau berharap mendapat keadilan dan kebenaran akan muncul.

Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

-TunCarlos