Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin tak pernah serah RM1.3 juta kepada Bendahari Bersatu -Tun M


KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad mendedahkan semasa beliau menjadi pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah menyerahkan RM1.3 juta kepada bendahari parti itu.

Bekas pengerusi Bersatu itu merujuk sumbangan RM1.3 juta didakwa diterima Muhyiddin daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) antara Jun dan Ogos 2018.

Mahathir berkata, berdasarkan undang-undang kecil Bersatu, jika pemimpin parti menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, ia hendaklah diserahkan kepada bahagian kewangan.

“Jadi, setakat yang saya tahu Bersatu tak terima RM1.3 juta. Sama ada Muhyiddin terima atau tidak daripada (UKSB) saya tak berani kata tapi nampak ada tuduhan yang dia terima sebab ada penafian dibuat oleh Muhyiddin.


“Hanya Muhyiddin saja boleh tentukan sebab kami tak dapat maklumat, kalau dia terima duit itu sepatutnya serah kepada bendahari,” katanya dalam sidang media di Dewan Seri Kasih Cheras.

Mahathir diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin menerima RM1.3 juta daripada UKSB oleh saksi pendakwaan ke-17, David Tan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin bagaimanapun berkata dakwaan itu adalah palsu.

-FMT