Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin antara 100 MP tandatangan SD sokong Ismail Sabri



Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Menurut sumber Bersatu, semua ahli Parlimen mereka menyokong pencalonan Ismail Sabri termasuk Presidennya. 

Mereka juga cadangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu. Antara nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut adalah Azmin Ali. 

Bagaimanapun sokongan ini mungkin berubah jika Umno gagal mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Ismail Sabri Yaakob.

Semalam Biro Politik Umno dikatakan berpecah dua antara kumpulan mahukan hanya nama Ismail Sabri di hantar dengan satu kumpulan lagi yang mahukan  beberapa nama dihantar. 

-SuaraTV/TunCarlos