Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Ibu saya tiada kena-mengena dengan cerita Caprice" -Neelofa



PENGACARA dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor meminta tidak dikaitkan dalam konflik melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice.

Menerusi komen yang ditinggalkan di sesi live oleh Ebit sebentar tadi, Neelofa juga meminta agar ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak dikaitkan bersama.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas.


“Saya akan hubungi Caprice, kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. Ini tidak betul,” tulisnya.

Terdahulu, sengketa Caprice dan Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila penyanyi rap tersebut membuat pelbagai tuduhan dan mendakwa pendakwah berkenaan memburukkan nama negara ketika sebulan di Gaza.

Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew tampil secara langsung di Instagram sekitar pukul 1 tengahari tadi bagi menjawab segala pertuduhan membabitkannya berhubung misi bantuan ke Gaza.

-SinarPlus