Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja 17 tahun kurung isteri 71 tahun dalam rumah, takut dirampas lelaki lain


INDONESIA : Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti seperti di awang-awangan dan akan meluahkan rasa sayang mereka itu melalui pelbagai cara.

Namun, cara si suami bernama Selamat ini menunjukkan cinta pada isterinya mungkin kelihatan agak lain daripada orang lain.

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai jurang usia sebanyak 55 tahun ini telah menjadi satu berita gempar. 




Kini, kisah mereka kembali lagi dan berkongsi serba sedikit tentang kisah kehidupan selepas berkahwin.

Meskipun perkahwinan mereka telah menjadi kontroversi, pasangan tersebut tidak berasa malu untuk meluahkan perasaan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain, walaupun diperhatikan ramai orang.




Lelaki berusia 17 tahun itu telah mengaku bahawa dia sebenarnya seorang yang kuat cemburu dan "overprotective" sehingga dia sanggup mengunci isterinya di dalam rumah setiap kali dia keluar.

“Ya, saya mengunci ketika saya keluar membeli mi atau rokok. Tetapi apabila saya pulang, saya akan membuka pintu.”

Dia juga ada meluahkan hasratnya untuk mempunyai seorang anak bersama Rohaya jika dikurniakan rezeki. “Kalau dah rezeki kami bersyukur dan mudah-mudahan akan dikurniakan anak.” 

-BorneoDaily