Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Panas, Ketua Pemuda PKR Selangor dan Perlis dipecat tanpa sebab

Najwan Halimi (kiri) , Azam Karap (Kanan)

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi digugurkan daripada jawatannya itu berkuat kuasa serta-merta pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik mengesahkan perkara tersebut setelah menerima surat pemecatan daripada Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

Menurutnya berdasarkan isi kandungan surat tersebut, pemecatan beliau adalah disebabkan oleh rombakan semula struktur organisasi AMK Selangor.

“Dia (AMK Malaysia) pecat saya maknanya seluruh organisasi itu terpecat sekali dan perlu lantik ketua baharu serta buat pemilihan dan jawatankuasa negeri baharu.


“Kalau ikutkan, pemecatan ketua AMK Negeri secara serta-merta begini jarang berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Ketua AMK Perlis di bawah pimpinan Nor Azam Karap juga turut dipecat. 

Beliau yang juga ADUN Kuala Perlis mendapat surat pemecatan pada Isnin.

Punca pemecatan beliau juga tidak diberitahu, hanya sekadar kenyataan dari AMK Pusat untuk rombakan bagi menghadapai PRU15.

Surat pemecatan YB Azam Karap


Najwan yang tidak mengetahui punca pemecatan beliau, bagaimanapun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak tahu (sebab pemecatan), dalam surat nak buat rombakan sahaja dan tiada tertulis sebab lain. Surat hanya memaklumkan kepada saya adalah untuk membuat rombakan jawatan itu sahaja.
 

“Pelantikan saya sebagai ketua AMK Selangor itu adalah hak prerogatif pusat dan saya terima keputusan beliau.

“Walaupun begitu, saya akan menumpukan khidmat saya sebagai ADUN kawasan dan dalam masa sama tetap memperkuatkan parti di Selangor,” katanya.

Menurut sumber dalaman parti, pemecatan ini didakwa lanjutan dari pergaduhan di antara dua kem di dalam parti tersebut.

Menurutnya, semua Ketua AMK negeri yang dipecat pada Isnin adalah mereka dari kem Presiden Anwar Ibrahim. 

Manakala Ketua AMK Pusat iaitu Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula dari kem Rafizi Ramli.

Kenyataan dari Presiden akan menyusul. 

-MHdaily/TunCarlos