Lelaki gantung diri di jejantas dekat Balakong


PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong.





“Maklumat daripada waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak Bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat. 

– K! ONLINE

VIDEO DI TEMPAT KEJADIAN: KLIK SINI

Join our Telegram Channel
Telegram


Lelaki gantung diri di jejantas dekat Balakong Lelaki gantung diri di jejantas dekat Balakong Reviewed by Tun Carlos on June 28, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.