Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bayi 9 bulan maut diliwat suami pengasuh


Bayi lelaki sembilan bulan yang meninggal dunia dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya pada 27 April lepas, disahkan diliwat suami pengasuhnya sehingga mengalami kesan pendarahan serta koyakan di bahagian dubur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek lelaki yang berusia 36 tahun, yang berada di bawah pengaruh dadah.

“Ketika kejadian suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi tersebut di dalam bilik yang dikunci selama dua jam, sebelum menemukan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh si suami yang mengaku sebagai pengasuh bayi terbabit,” katanya katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semalam.

Katanya selain terdapat beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa, dipercayai akibat dimasukkan benda tumpul, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.

Susulan daripada laporan yang diterima daripada seorang pegawai perubatan, polis menahan pasangan suami isteri itu, masing-masing berusia 36 tahun yang disahkan positif dadah jenis syabu di kediaman mereka pada 29 April lepas.

Katanya suspek lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya akan dijadikan saksi pendakwaan dan akan dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Bernama