Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum ada surat jemputan ke Perhimpunan Agung UMNO -PAS


Pemimpin kanan PAS memaklumkan belum ada sebarang maklumat mengenai jemputan daripada Umno untuk menghadiri perhimpunan agung Umno (PAU), yang bakal berlangsung akhir bulan ini.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat surat jemputan daripada parti yang juga rakan Muafakat Nasional (MN) itu.

"Setakat ini belum ada maklumat. Saya tak pasti sama ada surat ada ke tak (dihantar ke PAS pusat) sebab saya sendiri tak ada maklumat.

"Kita belum terima jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu. Cuma kebiasaannya kalau ada jemputan, ia akan dihantar kepada PAS pusat. Jadi PAS pusat yang akan menentukan siapa-siapa yang akan hadir," katanya ketika ditemui media pada program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.


Umno akan mengadakan PAU kali ke-74 pada Sabtu dan Ahad ini yang akan berlangsung secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sebagai rekod pentas PAU buat julung kali menerima kehadiran wakil PAS melalui presidennya Abdul Hadi Awang, pada perhimpunan ke-73, 6 Dis 2019.

Ia selepas termeterainya piagam MN antara dua parti yang sekian lama menjadi seteru dalam kancah politik negara.

-MalaysiaKini