Surat mengatakan Ku Li tak hadir ketika undi Belanjawan 2021 adalah PALSU



KUALA LUMPUR: Surat tular yang mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah mengumum untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bukan surat sebenar kepada Speaker.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Surat itu kononnya adalah permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO berkenaan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.


Surat berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris dan menjadi tular di media sosial pada Ahad.




Pada para akhir surat berkenaan, ia menyebut:

"Oleh kerana keabsahan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah lafazkan. Justeru, saya tidak dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan tersebut."

Sekiranya benar keputusan itu dibuat Tengku Razaleigh, ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Malah, jika ia berlaku, akan timbul juga persoalan sama ada ahli parlimen lain yang akan mengikut tindakan tersebut. 

-AstroAwani



Join our Telegram Channel
Telegram


Surat mengatakan Ku Li tak hadir ketika undi Belanjawan 2021 adalah PALSU Surat mengatakan Ku Li tak hadir ketika undi Belanjawan 2021 adalah PALSU Reviewed by Tun Carlos on November 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.