Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kluster di Kelantan membimbangkan, merebak pantas


KORONAVIRUS | Kadar kebolehjangkitan yang tinggi Kluster Mengketil di Kelantan menyebabkan kes kluster itu merebak dengan pantas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata selain merekodkan peningkatan kes yang mendadak dalam tempoh singkat, kluster itu merebak ke daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas selain Besut di Terengganu.

Justeru katanya tindakan proaktif dan pencegahan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kelantan mulai esok diambil bagi memperlahankan peningkatan kes di negeri terbabit.


"Satu sebab jangkitan berlaku di Kelantan adalah kes-kes dari zon atau daerah merah yang kembali ke negeri tersebut dengan membawa jangkitan.

"Jadi kita bimbang, sebab ada banyak pergerakan dari satu daerah ke daerah lain, dari negeri ke negeri lain. Kebolehjangkitan itu adalah tinggi," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini. -MalaysiaKini