Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Setelah Pejuang kalah di Slim, Kadir Jasin gelar orang Melayu masih di "kelas rendah"



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tulisan wartawan veteran, A Kadir Jasin berkenaan persepsi terhadap bangsa Melayu.

Najib dalam hantaran di Facebooknya mengkritik, apabila meminta undi, Melayu diibaratkan sebagai bangsa pejuang namun, apabila kalah, Melayu dikatakan kelas rendah.

“Bila minta undi, Melayu bangsa pejuang. Jika menang, suara rakyat suara keramat.

“Bila kalah, hakikatnya orang Melayu kelas rendah. Bila berkuasa, orang Melayu pemalas, jangan iri hati orang kaya. Pejuwang,” tulis Najib di Facebooknya, hari ini.


Terdahulu A Kadir pernah menulis, kebanyakan orang Melayu masih dalam kategori “peasant” seperti diungkapkan oleh penjajah beratus tahun lalu.

Menurut A Kadir, “peasant” membawa maksud gagal dan takut memerdekakan diri mereka dan berada dalam kelas ekonomi yang rendah. – SuaraTV

Bila minta undi, Melayu bangsa pejuang. Jika menang, suara Rakyat suara keramat. Bila kalah, hakikatnya orang Melayu...
Posted by Najib Razak on Tuesday, 1 September 2020