Sah, Hajiji terima watikah perlantikan dari TYT, Shafie boleh kemas pejabat KM


KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

Watikah itu diserahkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

“Syukur alhamdulillah, Tuan Yang Terutama menjemput saya untuk memaklumkan saya akan pelantikan Ketua Menteri Sabah.

“(Istiadat) mengangkat sumpah akan dilakukan jam 10 pagi, Selasa. Selain itu, Tun Juhar juga bagi watikah pelantikan kepada saya,” katanya kepada pemberita pada Isnin.


Terdahulu, Hajiji dipanggil menghadap Tun Juhar pada jam 4 petang. Pertemuan Hajiji dan Tun Juhar itu berlangsung selama satu jam.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, GRS yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi.

-Astro Awani







Join our Telegram Channel
Telegram


Sah, Hajiji terima watikah perlantikan dari TYT, Shafie boleh kemas pejabat KM Sah, Hajiji terima watikah perlantikan dari TYT, Shafie boleh kemas pejabat KM Reviewed by Tun Carlos on September 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.