Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Presiden, Ketua Pemuda UMNO tak hadir konvensyen PN cetus tanda tanya


Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini berlangsung di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir menyampaikan ucapan.

Turut berucap pada majlis hari ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin.

Bagaimanapun, kelibat presiden dan ketua pemuda Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dijadual berucap malam ini tidak kelihatan.


Ketidak hadiran Zahid dan Asyraf yang sedang berada di Sabah bagi persediaan pilihan raya negeri menimbulkan tanda tanya.

Wakil-wakil Umno juga dikatakan tidak hadir aturcara konvensyen pada sebelah malam ini.

Menurut Malaysiakini, mereka sedang menghubungi pihak penganjur konvensyen serta wakil Umno bagi meminta penjelasan.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri, pada 29 Februari lalu selepas mendapat sokongan majoriti ahli parlimen terdiri daripada, BN, Bersatu, PAS, GPS dan parti di Sabah dan Sarawak.

Ini selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan Muhyiddin bersama ahli parlimen PKR yang menyokong bekas timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali berpaling tadah sehingga menyebabkan keruntuhan kerajaan PH.

-Malaysiakini