Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Najib berjaya main propaganda." Mahathir


KUALA LUMPUR: Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pada hari Khamis lalu, Mahathir ada mengulas lagi mengenai kekalahan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Mahathir berkata kekalahan teruk Pejuang antara lain ia adalah disebabkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Jelas Mahathir, Najib telah berjaya memainkan propagandanya dalam PRK Slim supaya pegundi menolak calon partinya.

"Ini kesan daripada Najib punya propaganda. Najib sudah berjaya, benda yang salah itu betul, yang betul itu salah.



"Dia boleh kata ini penipuan, dia tak buat salah, yang sebenarnya orang tipu dia. Orang Melayu dia simpati lah, kata boss dia nak masuk penjara.

"Dia boleh kata 'bossku apa nak malu', kalau bossku mencuri pun nak malu apa, lagi pun ada orang Melayu kata biar lah dia curi, dia bukan curi duit kita. Dia curi duit org lain," kata Mahathir.

Untuk rekod, Najib Razak tidak bertanding di PRK Slim dan beliau juga bukan Presiden UMNO mahupun BN lagi.

BN yang diwakili Mohd Zaidi Aziz meraih 13,060 undi, menewaskan 2 calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (calon mewakili Pejuang) dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi.

Calon Pejuang hampir hilang deposit apabila hanya mampu mendapat sebanyak 2115 undi sahaja.

-Tun Carlos