Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Keputusan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah tidak dibincang dengan BN -UMNO

Shahril Sufian, Ketua Penerangan UMNO Malaysia
KUALA LUMPUR – Pengumuman cadangan pelantikan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah tidak pernah dibincangkan dengan Barisan Nasional (BN).

“Tidak dibincang dengan BN,” kata Shahril Sufian Hamdan.

Ketua Penerangan UMNO itu mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kenyataan mengenai perkara itu akan dibuat.


Muhyiddin hari ini mengumumkan bahawa Hajiji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Walau bagaimanapun, katanya keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk memimpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji,” kata Muhyiddin.

– MalaysiaGazette