Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lebih 1,800 individu yang pulang dari luar negara ingkar jalani saringan kali kedua -Noor Hisham


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham, setakat ini bilangan pengembara yang pulang dari luar negara Individu dalam pemantauan (PUS) yang dikehendaki menjalani HSO adalah seramai 31,674 orang.

Menurut analisis data terkini yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan dari 7 Julai 2020 hingga 20 Julai 2020, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan Home Assessment Tool iaitu penilaian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.

“Manakala jumlah yang sudah tamat tempoh kuarantin adalah seramai 18,416 tetapi daripada jumlah itu 10 peratus (bersamaan 1,840 orang) didapati tidak menjalani saringan Covid-19 pada hari ke-13.



“Kita sudah memaklumkan kepada polis untuk tindakan tegas yang mana polis sudah memulakan pengesanan kesemua 10 peratus itu.

“Berkenaan ujian swap Covid-19 tiga hari sebelum tiba ke negara, tapi kita kini tak wajibkan jalani saringan covid tiga hari sebelum sampai di pintu masuk utama negara, tetapi bergantung kepada negara yang menetapkan peraturan itu atau pesawat dan syarikat penerbangan yang mewajibkan sebelum naik pesawat.

“Tetapi apabila tiba di pintu masuk antarabangsa negara, kita akan jalankan ujian swap RTTCR dan mereka akan dikuarantin selama 14 hari wajib di Pusat Kuarantin Institut Latihan Awam atau di hotel yang ditetapkan KKM dan sekirnya bergejala positif dan juga negatif kedua dua kes akan diasingkan di hospital,” ujar beliau.

BACA: 15 kluster baru dilaporkan, jangkitan akan naik mendadak dalam masa terdekat

– MalaysiaGazette