Dengan ini Bersatu akan hancur! -Tun M



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang ditubuhnya pada 7 September 2016 akan hancur tidak lama lagi.

Dalam satu entri di blognya, Mahathir yang masih menggelar dirinya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beralasan kehancuran itu berpunca daripada kerjasama parti itu dengan UMNO.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat? Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.



“Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?

“Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah,” katanya.

Bersatu kini berdepan perpecahan apabila terdapat satu pihak menyokong Mahathir dan satu lagi menyokong presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Ia diburukkan lagi apabila Mahathir dan empat lagi pemimpin parti itu dilucutkan keahlian minggu lalu.

“Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit kerajaan.

“Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit kerajaan.



“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

“Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional,” kata Mahathir lagi.

Pada Februari lalu, Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama UMNO dan Pas setelah Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan.

Untuk rekod, Mahathir juga pernah mendakwa parti UMNO akan hancur. Tetapi ironinya, UMNO semakin kuat dan mendapat sokongan padu daripada rakyat setelah beliau tiada dalam parti tersebut.

sumber: MalaysiaGazette/Tun Carlos

BACA: Pemuda PH buat laporan SPRM ke atas PM Muhyiddin





Join our Telegram Channel
Telegram


Dengan ini Bersatu akan hancur! -Tun M Dengan ini Bersatu akan hancur! -Tun M Reviewed by Tun Carlos on June 01, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. Tunggu jugak pencuri berbilion tu kena tangkap. Sehingga kini x kena tangkap pun . Ada skandal baru pulak keluar

    ReplyDelete
  2. Situa Nyanyok tulah kaki klepek yg sebenarnya...kena tubuhlah suruhanjaya menyiasat keluarga atoq yg kayaraya..tu

    ReplyDelete
  3. Melayu dah tak nak PH lagi. Dah serik dgn dap. Dah serik dgn janji² palsu PH!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.