Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

24 laporan polis dibuat terhadap Liyana Marzuki


JELEBU: Sebanyak 24 laporan polis dibuat terhadap wanita dikenali Liyana Marzuki yang didakwa mencela Undang Yang Empat secara terbuka.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Lakai, Mohd Shahir Ramli, berkata laporan polis dibuat di Balai Polis Simpang Pertang pada jam 9 malam tadi.


Laporan dibuat oleh 24 cawangan UMNO bahagian Jelebu.

"Individu berkenaan mengaku sebagai peguam didapati membuat beberapa hantaran di Facebook.

"Menerusi hantaran itu wanita ini membuat kenyataan yang dengan sengaja secara terbuka mencela Undang Yang Empat.

"Hantaran itu juga didakwa telah menghasut, mengelirukan masyarakat umum, memecah keamanan dan mencemar nama baik Undang Yang Empat selaku pemerintah bersama Kerajaan Negeri Sembilan," katanya memetik laporan polis yang dibuat.

Dakwanya lagi tindakan individu itu juga bertujuan mengelirukan Kerajaan Persekutuan dengan niat bagi menggugat serta menjatuhkan kedudukan dan prerogatif pemerintahan Undang Yang Empat.

Katanya laporan dibuat supaya siasatan menyeluruh dibuat terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,Seksyen 121B dan 121C Kanun Keseksaan, Seksyen 233 AktaKomunikasi dan Multimedia 1988 atau mana-mana peruntukan lain yang berkaitan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jelebu Superintendan Azizan Said ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.