Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak Rafizi diserang dekat pusat beli belah, dikejar ke hospital


Anak bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, didakwa diserang secara fizikal oleh orang yang tidak dikenali.

Sumber yang enggan dinamakan berkata, kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.


Belum ada maklumat terperinci berkaitan serangan itu. Bagaimanapun, difahamkan serangan itu berlaku di IOI City Mall, Putrajaya.

Motif serangan belum diketahui.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rafizi mengesahkan serangan itu.

“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” kata anggota parlimen Pandan.

Difahamkan Rafizi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu tidak lama lagi.

Portal ini juga sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.