KENYATAAN RASMI
Alhamdulillah, semalam menghadap Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 pada 25 Julai 2025 bersamaan 29 Muharam 1447 Hijrah.
Sempat bertukar fikiran bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku mengenai pelbagai isu.
Sesi menghadap ini disusuli dengan santapan tengah hari.
Turut bersama dalam majlis santapan tersebut ialah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YH Dato’ Haji Zamri Haji Mohamed, Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), serta Ahli Lembaga Pengarah KOSMA.
Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menerima patik menghadap serta menjemput untuk santapan tengah hari bersama.
Patik mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih-Nya.