Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Teruk dikecam, Terengganu FC batal tajaan dari XFOX




TERENGGANU FC (TFC) bertindak membatalkan penajaan bernilai RM1.5 juta daripada XFOX Market Holdings Sdn. Bhd. berikutan bantahan keras penyokong skuad Sang Penyu berhubung kontroversi status syarikat tersebut.

Perjanjian penajaan utama bagi TFC untuk mengharungi saingan Piala AFF Shopee itu baru dimenterai antara kedua-dua pihak pada Ahad lalu. 


Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas berkata, keputusan membatalkan penajaan tersebut dibuat dengan mengambil kira bantahan keras penyokong tegar skuad Sang Penyu berkenaan. 

“Reaksi negatif yang timbul terutama di media sosial ekoran perjanjian penajaan tersebut telah menimbulkan suasana kurang sihat antara TFC, penaja dan penyokong. 

“Sehubungan itu, TFC memutuskan untuk memulangkan semula wang tajaan RM1.5 juta yang sudah dilunaskan syarikat penaja (XFOX) sebelum ini,” katanya di Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini, TFC dan XFOX pada Ahad lalu telah menandatangani persefahaman tajaan RM1.5 juta bagi skuad Sang Penyu menghadapi Piala AFF Shopee yang merupakan kejuaraan antara kelab peringkat ASEAN pada musim ini.

Penajaan itu menerima reaksi negatif selepas syarikat berteraskan perkongsian keuntungan berkenaan dikatakan berada dalam senarai tidak mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Mohd. Sabri berkata, pemulangan wang tajaan tersebut dibuat setelah melakukan perbincangan dengan wakil  penaja sambil menambah, kedua-dua pihak berjanji tidak akan membuat sebarang tuntutan berbangkit pada masa depan. 

“TFC sebenarnya telah menyelidik struktur perniagaan dan operasi XFOX sebelum menyata kesediaan bekerjasama sebelum ini. 

“Begitupun kami akur (memutuskan tajaan) demi menjaga keharmonian kelab bagi mengharungi saingan domestik dan antarabangsa pada musim ini,” kata Mohd. Sabri yang memberi jaminan TFCakan terus berusaha mendapatkan tajaan baharu demi persiapan kelab menghadapi Piala AFF Shopee kelak. – KOSMO! ONLINE