Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Polis berjaya tahan 14 individu terlibat kes gaduh rebut kawasan jual dadah


Polis menahan 14 individu sehingga tengah hari ini yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan bersenjatakan parang melibatkan anggota Geng 08 Sungai Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata pihaknya bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan JSJ IPD Serdang secara bersepadu telah menjalankan Ops Cantas bagi mengesan saki baki suspek.

"Motif kejadian adalah perebutan kawasan jualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah dari Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing dari Kajang.


"Menurut beliau geng dari Serdang itu diketuai lelaki tempatan dengan panggilan Sara 08 Sungai Besi Indah dengan orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000, manakala geng dari Kajang diketuai seorang lelaki tempatan dengan panggilan Tan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak JSJ Selangor telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan berkaitan kes ini.

Sementara itu, kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang dan telah menahan empat suspek.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.


- Bernama