Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis siasat dakwaan facebook Hot Burger Malaysia berkenaan kegiatan judi di Sungai Buloh



Kuala Lumpur, 9 Ogos 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan kegiatan perjudian serta penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pihak terlibat aktiviti perjudian.

"Saya tegas menyatakan bahawa tiada kompromi dalam usaha membanteras judi. Judi menjahanamkan masyarakat kerana ia mengembangkan perlakuan Iain-lain jenayah.



"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan terdapat berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Tan Sri Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang merupakan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rokok seludup yang dijual seperti tiada pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan Sungai Buloh.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.




Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih empat juta tontonan dan lebih 67,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

BACA: Sidang Media Tergempar Ketua Polis S. Buloh berkenaan video Hot Burger Malaysia

-SinarHarian




Bismillah... dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh... jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa...
Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, 8 August 2020