Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Mahathir hadir di Dataran Merdeka



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi tiba di Dataran Merdeka, lokasi utama himpunan pembangkang ditunjangi PAS.

Beliau yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 diiring menuju pentas utama perhimpunan berkenaan sekitar jam 4.05 petang.


Dr Mahathir yang diiringi beberapa pengawal peribadi sebelum itu menyantuni orang ramai yang berkumpul di sepanjang Jalan Raja.

Terdahulu, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilihat melintasi padang Dataran Merdeka menuju ke pentas utama.

Kedua-dua tokoh itu dijangka menyampaikan ucapan kepada khalayak perhimpunan berkenaan yang dijangka selesai menjelang jam 5 petang.

­