Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SRC: Najib kemuka bukti baharu sebelum hari keputusan kes rayuan beliau



PETALING JAYA: Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan ditetapkan untuk membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak berhubung kes SRC International membabitkan RM42 juta, bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu.

Najib memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan untuk mengambil bukti daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan bukti lanjut daripada pegawai penyiasat SRC Rosli Hussein atau orang lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongan usul itu, Najib berkata ia dilakukan kerana semua isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan belum ditentukan sepenuhnya dan ia adalah demi kepentingan keadilan supaya beliau mendapat perbicaraan secara adil dengan mengemukakan semua bukti.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada 19 Nov, SPRM telah mengesahkan bahawa RM65 juta dana berkaitan 1MDB diperoleh semula daripada Cutting Edge Industries, sebuah syarikat di Singapura yang dikawal oleh Tawfiq Ayman, dan rakan kongsinya, Samuel Goh.

Tawfiq ialah suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.

Sebelum itu dilaporkan bahawa awal tahun ini, Iron Rhapsody – milik Tawfiq dan anak lelakinya – telah menerima sejumlah RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai kaitan dengan Low Taek Jho (Jho Low), ahli perniagaan dalam buruan berhubung skandal 1MDB.

Polis Singapura juga dilaporkan telah memaklumkan BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi meragukan membabitkan syarikat milik Tawfiq, apabila dana itu datang daripada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low. Zeti adalah Gabenor BNM pada ketika itu.

Najib berkata bukti tambahan daripada Azam dan Rosli perlu diambil kerana ia tidak disediakan ketika perbicaraan.

“Saya percaya ia ditahan oleh responden (timbalan pendakwa raya) dan agensi siasatan relevan termasuk BNM, SPRM, Pasukan Petugas Khas untuk menjejaskan perbicaraan saya secara adil atas sebab politik,” katanya.

Pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lalu berkata ia mengekalkan tarikh 8 Dis untuk keputusan itu selepas menolak permohonan Najib untuk penangguhan.

-FMT