Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Projek HSR: Najib gesa PM tuntut pampasan atau tolak pencen Muhyiddin dan Mahathir


Bekas Perdana Menteri Dato Serik Najib Razak melahirkan rasa bersyukur setelah Perdana Mneteri Ismail Sabri bercadang untuk meneruskan semula projek keretapi laju HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura.

"Alhamdulillah. Ada sinar harapan. Terbaik PM9." ujar Najib di satu posting di Facebook.

"Harap boleh tuntut balik pampasan RM50 juta dibayar oleh PH dan RM320 juta dibayar oleh PN kepada Singapura. Ataupun tolak dari pencen-pencen orang PH dan PN yang bertanggung jawab atas keputusan dulu."

Hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diteruskan, kata rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong.

Perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin membatalkan projek itu dan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura. 

Kerajaan PH juga sebelum ini telah membayar RM50 juta pampasan kerana batalkan projek ini.

Lee berkata cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan kepadanya dalam pertemuan dengan Ismail di Singapura hari ini.

Lee berkata, walaupun kedua-dua negara bersetuju membatalkannya sebelum ini, Singapura terbuka dengan cadangan baru Malaysia dan menteri pengangkutan masing-masing akan membincangkannya.

“Singapura menanti maklumat lanjut daripada Malaysia supaya kita dapat kaji dan pertimbang semula - bermula daripada wal,” Lee dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

-Mkini