Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muafakat Nasional perlu bina empayar, bukan hanya kerajaan -Anina Saadudin


JIKA MUAFAKAT NASIONAL MAHU MENANG PRU15, JANGAN HANYA BENTUK SEBUAH KERAJAAN TAPI BIAR HINGGA TERBINA SEBUAH EMPAYAR 

Bina Empayar MUAFAKAT NASIONAL di Semenanjung Malaysia di PRU15 dari keruntuhan EMPAYAR UTHMANIAH di Semenanjung Crimea 1856. 

Jika EMPAYAR UTHMANIAH dibina oleh bangsa Turks yang kecil, kenapa orang Melayu tidak boleh bangkit membina sebuah empayar?

Apakah Allah menjadikan Melayu itu sebagai bangsa yang tidak boleh menakluk dunia? 

Jika dahulu manusia takluki dunia melalui peperangan, hari ini kita takluki dunia dengan sebarkan kasih sayang Allah dan RasulNya.


Kenapa tidak boleh miliki impian besar di dunia jika Allah juga mahu kita kejar impian terindah di syurgaNya? 

Allah hantar kita ke dunia sebagai juara dan khalifah, kenapa perlu kita jadi bangsa biasa-biasa dan jadi negara biasa-biasa? 

Islam mengajar kita menjadi insan terbaik dengan kasih sayang untuk seluruh manusia, binatang, flora dan fauna dan seluruh semesta, kenapa perlu kita menjadi umat yang hanya menyayangi diri sendiri? 

Kita berdiri hari ini di atas tanah yang di takdirkan ALLAH untuk kita perjuangkan dengan kasih sayang bukan sahaja untuk kesemua 32 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tetapi juga kepada dunia dan seluruh semesta! 


Sebarkan kasih sayang, cipta keamanan, pupuk keharmonian dan bina kemakmuran untuk manusia dan alam semesta kerana itu lah tujuan ALLAH hantarkan hambaNya ke dunia. 

Jika 700 tahun lalu bangsa Turks di Anatolia mengasaskan EMPAYAR UTHMANIAH yang kekal selama 600 tahun, hari ini di tangan setiap rakyat Malaysia ada peluang keemasan untuk menjadi sebahagian dari pengasas EMPAYAR MUAFAKAT NASIONAL yang mungkin dikenang 100 atau seribu tahun lagi. 

Ayuh! Rapatkan saf jalan rapat beriringan, satukan hati tautkan jiwa nurani, kita rempuh PRU15 dengan satu kalimah Takbir! Allahhuakhbar!!!

MUAFAKAT NASIONAL UNTUK MALAYSIA! 
Salam perjuangan untuk semua! 

Oleh: ANINA SAADUDIN (Presiden Empirical Malaysia)