Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelabur lari jika kerajaan kenakan cukai yang dicadang Syed Saddiq -Tengku Zafrul


Cadangan pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa (windfall tax) kepada syarikat pengeluar sarung tangan yang mencatat keuntungan berikutan pandemik Covid-19 adalah dasar yang tidak konsisten yang akan memberi isyarat salah kepada pelabur dan ia akan menjejaskan kemasukan pelaburan negara ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman telah mendesak kerajaan untuk mengenakan cukai keuntungan luar biasa kepada pembuat sarung tangan kerana berpendapat bahawa ia telah mengaut keuntungan yang tinggi dalam persekitaran pandemik Covid-19.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sekiranya cukai itu dilaksanakan, ia akan membuat pelabur berfikir dua kali sebelum melabur di negara ini atau kemungkinan mereka memilih untuk melabur di negara-negara jiran seperti Vietnam dan Singapura yang tidak mengenakan cukai keuntungan luar biasa.

"Kamu boleh mengenakan cukai seperti itu tetapi anda mungkin memberi isyarat yang salah terutama untuk ekonomi terbuka seperti Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk “Belanjawan 2021 Kemenangan Rakyat” yang disiarkan di Bernama TV, hari ini.

Tengku Zafrul berkata dasar harus untuk dirangka untuk tempoh jangka panjang dan tidak berdasarkan kepada keuntungan jangka pendek.

- Bernama