Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MP UMNO yang tolak Belanjawan 2021 perlu bersedia dikenakan tindakan parti -Annuar Musa


Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa memberi peringatan kepada ahli parlimen parti yang cuba-cuba memikirkan untuk menentang Rang Undang-Undang Perbekalan.

Katanya, pengundian belanjawan perlu mengikut arahan parti dan bukan ketetapan sendiri.

Ini berlaku selepas Tengku Razaleigh memberitahu The Malaysian Insight bahawa ahli parlimen dipilih untuk bertanggungjawab kepada pengundi kawasan yang diwakili mereka dan tidak boleh hanya menuruti arahan parti ketika memutuskan belanjawan.


Razaleigh yang juga pengerusi Lembaha Penasihat Umno juga berpendapat adalah "tidak demokratik" untuk membataskan ahli parlimen mengundi sekadar mengikut arahan parti.

Menurut MP Gua Musang, walaupun beliau ahli parlimen Umno, namun parti itu  tidak berhak menentukan corak pengundian kerana dirinya dipilih pengundi di kawasannya.

Pada sidang media pagi ini, Annuar menolak kenyataan itu sebagai "pandangan peribadi" Tengku Razaligh, berkata setiap ahli parlimen perlu patuh pada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.


“Kalau ada ahli parti yang hendak bertindak sendiri, maka bila sampai pilihan raya, tidak perlu lagi parti, buat keputusan sendiri jugalah.

“Kalau tidak mahu ikut parti, tidak mahu patuh pada arahan parti, maka kena bersedia juga terima tindakan tertentu (yang dibuat oleh) parti,” kata Annuar lagi.

-MalaysiaKini